SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 9 September 2011

Buku RPH


Seperti biasa setiap hari Jumaat semua guru akan menghantar buku RPH kepada pentadbir sekolah (ada pilihan juga samada nak hantar hari Jumaat atau Isnin pun boleh). Tidak juga saya yang mulai hantar buku rph pada hari Jumaat.




Bleh dikatakan sebelum ini, tidak dapat hantar secara konsisten kerana tidak dapat atur masa sendiri dengan baik. Syukur Alhamdulillah, sejak masuk bulan Ramadhan yang lepas, banyak mengajar untuk atur masa sendiri dengan lebih baik sebelum ini. Namun banyak lagi perkara yang perlu diperbaiki dalam setiap kekurangan yang tidak terperasankan ;)

Tiba sahaja di bilik guru pada pagi ini (6.30pagi), saya melihat satu kejadian yang amat mendukacitakan iaitu bekas Tuuperware (warna biru) sudah di gigit TIKUS!!!




Argh....begitulah rasa hati, namun setelah mengambil wudhu dan membaca kalamullah hati jiwa ini terasa sedikit kesejukan....setelah diperhatikan rupanya kipas angin dalam bilik guru semuanya terpasang...patut pun rasa sejuk...

Melihat perkara ini (bekas di gigit tikus), saya bertanya kepada En.Emran andai kenali sesiaa yang menjual bekas tupperware (keran saya hendak beli lah sebagai ganti kepada Isteri saya yang beli bekas itu sebelum raya puasa hari itu kat sekolahnya).

Ternyata tidak salah lagi bahawa beliau (en.Emran) juga merupakan AGEN kuat bagi produk tersebut dan memberi sedikit panduan kepada saya (templet bulan MAC 2011). Ternyata harga bagi satu barangan tupperware tidak ada tolok bandingannya iaitu RM78 untuk 4 biji. Tapi saya mahu beli satu jerk..makanya lebih kurang RM20 lah kan???

Begitulah cerita waktu pagi tadi (09-Sept-2011)

Sebelum masuk ke kelas Bahasa Inggeris 4Proaktif jam 10.00pagi bermula, saya menemui Aslina yang merupakan murid kelas 6Progresif (saya ajar kelas sains di sana). Saya beri kertas ujian percubaan sains untuk kelas sains 6PG yang telah ditanda (soalan dari Negeri Kelantan)



Saya nyatakan bahawa, bagi sesiapa murid yang mendapat markah menurun (markah Percubaan dibandingkan dengan markah UPSR sebenar), maka mereka akan menulis surat tunjuk sebab nyatakan KENAPA BERLAKU BEGITU????




Itu adalah sedikit teguran yang dapat saya laksanakan dan maklumkan juga kepada Aslina bahawa terdapat rakan sekelas yang mendapat markah semakin rendah dari trial 1,2 dan 3. Namun mempunyai peningkatan pada Ujian Percubaan ini (kertas soalan dari Negeri Kelantan).

Perkara yang UTAMA ialah usaha sedikit sahaja lagi pada sabtu ahad ni dan betulkan fokus kamu. Itulah kata-kata terakhir saya kepada Aslina dan saya juga maklumkan bahawa pada minggu hadapan bermula Isnin hingga Khamis (tamat UPSR) saya tidak akan berada di sekolah kerana menjalankan kerja (tenggung jawab AMANAH) di luar sekolah.




Harapan dan doa dari semua guru-guru juga dapat ubah takdir untuk menjadi lebih baik.

Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayat kepada saya dan kita semua. Amin

(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails