SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 23 September 2011

Kem Bestari Solat 2/2011

KBS....








Itulah singkatan bagi program Kem Bestari Solat

Julung kali saya terlibat secara langsung dalam KBS ketika dalam praktikum di SK Sri Jelok Kajang.

Seterusnya setelah posting di SK Paris 3 Kinabatangan, cabaran KBS lebih hebat dengan penglibatan murid yang datang dari kelompok luar/pinggir bandar.

Tidak dinafikan bahawa KBS ini ada manfaat dan faedah untuk murid malah juga kepada diri saya yang perlu belajar dan ingat kembali makna dalam setiap bacaan di dalam solat ;)




Kali ini, Panitia Agama Islam telah mengadakan KBS pada semester 2 pada hari Rabu dan Khamis yang lepas bertarikh 21 dan 22 hb September 2011 bertempat di Surau SK Paris 3 Kinabatangan yang bermula jam 12.30 t/hari hingga 4.00petang (sepertimana yang dimaklumkan oleh Ustaz Rahmat kepada saya pada hari rabu lepas -21Sept2011)




Maka, dalam kesempatan yang terhad saya sempat mengambil gambar ketika pelaksanaan KBS yang laksanakan di dalam surau.

Kelihatan pelajar dari SMK Paris turut bersama membantu dalam perlaksanaan KBS. Syabas dan tahniah di ucapkan serta Jutaan terima kasih kepada pelajar-pelajar SMK Paris Kinabatangan yang membantu menjayakan perlaksanaan KBS ini dari mula hingga akhir.





Kali ini, murid-murid yang terlibat terdiri dari murid tahap 2 iaitu Tahun 4 pada hari Rabu dan Tahun 5 pada hari Khamis mengikut jadual yang telah diatur oleh pengurusan AJK KBS (Panitia Agm Islam)

Untuk mengetahui lebih lanjut, saya mendapatkan beberapa sumber KBS dari internet yang dapat saya kongsikan.

Semoga KBS untuk akan datang, mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua murid dan guru-guru agar matlamat dan pencapaian yang lebih baik di capai.







Jadikan hari ini lebih baik dari semalam dan jadikan hari esok lebih baik dari hari INI


Sekian

Mustakim
(dalam bilik Guru 3.05pm 23 September2011) -lepas buat kerja EMISonline-

KLIK SINI BEST >>> http://mendidik.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails