SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 5 September 2011

Pra-Pelan UPSR Sains 2012

Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh Hari raya masih lagi dirasai namun UPSR 2011 semakin mendekati. Perkara ini tetap tidak dapat dielakkan melainkan berlakunya darurat dalam NEGARA.

Makanya, hari ini (Isnin 5-Sept-2011) saya telah diamanahkan untuk menggantikan kelas. Kelas tersebut 6 PG saya gunakan bermula jam 10.00pagi hingga 12.30 t/hari. Beberapa aktiviti telah dirancangkan sebelum masuk ke kelas selepas rehat itu. Beberapa orang murid dtg ke bilik guru mengangkat beberapa barang/peralatan yang hendak digunakan.



Kelas dimulakan dalam Surau sekolah. Murid dibahagikan dalam kumpulan dan set soalan dari Soalan Percubaan UPSR 2011 Negeri Johor (2011) diberikan kepada setiap kumpulan. Setiap murid diminta untuk menulis kembali soalan, melukis gambarajah dan juga graf dalam soalan sebelum menjawab soalan tersebut. Murid juga menjawab dalam kumpulan menggunakan kertas A4 atau kertas mahjung ikut kreativiti murid. Ketika laksanakan tugasan pertama (salin soalan dan dapatkan maklumat penting PM/PB (wto/wtc), gariskan maklumat penting, tetiba dtg pula GB beri maklum bahawa surau akan digunakan bagi klinik pergigian, kemudian saya bersama murid-murid segera ke kelas kembali pada jam 10.45am setelah diberikan masa 5/10minit untuk beredar.

Setelah semua murid masuk dalam kelas, saya mulakan pembentangan dahulu dengan menggunakan bahan yang diperolehi dari Cikgu Salmah (SK Jaya Baru) iaitu Sains_Pola_Corak_Perubahan yang diperolehi dari GC Kedah. Beberapa contoh soalan yang ada dalam pembentangan itu, sedikit sebanyak membuka mata murid-murid ini yang telah pun bercuti selama seminggu raya merdeka. Perkara ini memberi impak yang positif bilamana murid-murid dapat memberikan respons yang baik dan menyedari setiap corak pola perubahan dalam setiap kehendak soalan. Syukur Alhamdulillah. Kesannya, soalan yang diberikan dalam percubaan dari JOHOR 2011 dpat dijawab dengan baik dan keseluruhan kumpulan dapat menjawab dengan betul untuk soalan Corak Perubahan!!! Syabas! Seterusnya, soalan demi soalan diperbincangkan.

Setiap murid terus menerus mencuba mengemukakan setiap jawapan (yang telah dibincangkan dalam kumpulan) dengan yakin dan sungguh-sungguh. Perkara yang sukar, terus saya bincangkan dalam kelas manakala murid yang tidak fokus say minta datang kehadapan untuk bantu saya supaya murid tersebut tidak ketinggalan dalam kelas. Memanggil nama murid menjadikan murid itu lebih fokus dalam kelas dan bertukar-tukar murid dalam kumpulan untuk menjawab/kemukakan jawapan beri ruang kepada murid untuk mencuba dan berani untuk bercakap secara UMUM!

Setelah habis kelas, saya menuju ke pejabat sekolah dan menemui PK HEM (En.Emran) kerana ingin membincangkan beberapa perkara yang menarik untuk program perancangan UPSR2012. CIkgu Emran kemukakan beberapa perkara yang telah beliau fikir dan rancangkan bagi tujuan peningkatan akademik khususnya subjek Sains bagi UPSR 2012. Setakat ini, baru dalam pra-perancangan dan akan diperhalusi diperingkat panitia dari masa ke semasa dengan perbincangan bersama guru-guru sains yang lain.

Sedikit perkongsian ini suka untuk saya masukkan pelan pra-perancangan yang beliau (En.Emran) sudah usahakan.
GAMBAR DI ATAS PELAN UPSR 2012 SUBJEK SAINS (tulis tangan dahulu bagi merangka segala tindak tanduk untuk dilaksanakan di masa hadapan) Semoga semuanya dipermudahkan oleh ALLAH Taala. Amin.
Gambar di atas ialah para calon UPSR 2012 ;) Sekian..... mus -1.32p.m.- Dalam bilik guru jerk sudah (internet ada, so gunakan dengan sebaik mungkin) Terimakasih kepada cikgu Emran kerana sudi bincang bersama ;) Alhamdulillah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails