Maka, di sini suka untuk saya ceritakan serba sedikit pengalaman saya.
Sebelum saya ambil cuti CTR bermula 1-Nov-2011, saya minta FT17 iaitu Juruteknik dan GIT iaitu Guru Penyelaras Bestari untuk ambil tahu/tindakan sekiranya terdapat kehadiran pegawai dari BTP/PKG untuk program MBMMBI yang dilaksanakan semasa bulan November nanti.
Ternyata, program itu berjalan dengan baik mengikut laporan/cerita yang diberikan kepada saya melalui Juruteknik sekolah. Cuma, saya agak kabur mengenai cerita yang disampaikan.
Maka, dengan masa cuti yang ada ini, saya cuba lihat/tinjau kembali berkenaan dengan program yang sama dilaksanakan di sekolah yang lain melalui pencarian dalam google dan blog serta laman web yang lain. Ternyata usaha saya tidak sia-sia yang mana pada hari ini 15-Dec-2011 (Khamis) waktu 3.30pm saya habis kan masa 30minit bagi mencari maklumat tersebut dan terjumpa satu laman web yang amat bagus untuk dicontohi seperti berikut:
(; klik di sini >>> ICT SK JAWI <<< Memang Canggih ;)
Usaha yang ditunjukkan dalam menyampaikan maklumat yang diperlukan serta yang aktiviti yang dilaksanakan amat mudah untuk dilihat dan di fahami beserta gambar rajah dan contoh.
Klik sini untuk lihat program MBMMBI yang dijalankan
Perkara yang boleh saya di contohi di sini ialah,
1. Setiap maklumat yang diberikan dapat diterangkan dengan lebih jelas jika ada contoh samada bergambar atau video dan lain-lain.
2. Konsep kerja secara berpasukan dapat memudahkan suatu tugas yang rumit dan dapat bersatu hati serta perlaksanaan kerja dengan seronok dan gembira.
Sekian
MMK
3.46pm
15-Dec-2011
Rujukan lain
1. BuletinKPM mengenai MBMMBI
Yang ada kaitan dengan Pusat Akses
Direktori Alamat URL Untuk Pusat Akses
Yang ada kaitan dengan Pusat Akses
Direktori Alamat URL Untuk Pusat Akses
Panduan Penggunaan Pusat Akses Sekolah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan