SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Rabu, 14 Disember 2011

TAKLIMAT SBPA

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

SBPA telah pun dikeluarkan secara rasmi dan sebelum ini, saya sudah mengirim emel kepada semua guru di sekolah saya sendiri akan makluman SBPA sebagai rujukan awal.

Selaku penjawat awam yang sering mengikuti perkembangan SBPA, sudah tentu tidak terlepas untuk membaca Pekeliling 13/2011 bagi perjawatan guru. Setiap individu dikehendaki untuk mengisi borang seperti mana yang ditunjukkan dalam lampiran dan dikehendaki untuk dihantar kepada KERANI KEWANGAN sekolah masing-masing (unit gaji) sebelum 30-Dec-2011 (sebaik-baiknya sebelum 25-Dec-2011 kerana dokumen itu perlu pengesahan dari Ketua Jabatan iaitu Guru Besar / Pengetua) untuk dihantar ke peringkat PPD bagi mengisi keperluan analisis berdasarkan respon dari guru-guru dan seterusnya di hantar ke peringkat JPN masing-masing sebelum dihantar ke peringkat KPM. Seterusnya, pada 15-Januari-2012 (dijangkai sahaja) sistem sifir gaji baru akan keluar kepada semua penjawat awam yang memilih SBPA.







Berikut merupakan sedikit perkongsian bersama:

Turut boleh dilihat dalam laman FACEBOOK di sini >>> SBPA <<< dan juga sini >>> LALUAN KERJAYA GURU <<<

Antara perkara yang menarik untuk di kongsin ialah SIFIR GAJI GURU 2012 yang telah dimasukkan dalam kebanyakan blog dan website di internet secara meluas adalah seperti berikut


Sila rujuk laman sesawang ini >>>>ULAN<<<< atau di sini >>>CikLaili<<<

Pelbagai maklumat yang boleh dimuat turun dalam laman web ini 


Klik sini 

TEMPOH UNTUK MEMILIH SBPA

Sumber dari NUTP



1. Tempoh Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan adalah pada 16 Disember 2011 hingga 30 Disember  2011. Guru-Guru diminta hubungi sekolah untuk memperolehi maklumat mengenai Borang Opsyen.

2. Saudara/ Saudari boleh tandatangan Borang Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan secara berasingan kerana Opsyen SBPA dan melanjutkan umur persaraan ke 60 tahun merupakan dua perkara yang berbeza.



Kepada semua guru sekolah saya, boleh lah hantar borang yang lengkap di sini ke alamat sekolah 
SK PARIS 3 KINABATANGAN
PETI SURAT 60532
POSKOD 91117
LAHAD DATU SABAH
(sebelum 25-Dec-2011)

Sebarang pertanyaan sila hubungi 
Pn. Dayang Rohani di talian 089-575209 (pejabat sekolah)
atau Puan Sunarti (Unit Gaji PPD Kinabatangan) di talian 089-561881


klik sini untuk borang berkaitan


2. Lampiran

Pegawai Yang Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA
  G1 - G2 - G3 - G4

atau

Pegawai Yang Belum Memenuhi Syarat Skim Perkhidmatan Untuk Memasuki Skim Perkhidmatan SBPA
 H1 - H2 - H3 - H4

atau

OPSYEN BAGI SKIM PERKHIDMATAN YANG DIJUMUDKAN MELALUI PENGGABUNGAN/ NAIK TARAF/ PENARAFAN SEMULA / PEMANSUHAN FUNGSI DI BAWAH SBPA


 J1 - J2 - J3 - J4





Sekian dan terima kasih.



KEMASKINI PADA
10.20 pagi
15-Dec-2011
Khamis




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails