SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 6 Februari 2012

Pendidikan Alam Sekitar



Pada 1-Februari-2012 satu program pendidikan dan kesedaran alam sekitar telah di adakan di SK Sandau Kinabatangan. Saya bersama GPK 1 En.Zainudin b. Ahmad pergi ke program di sana bersama 3 orang murid (2 murid tahun 6 dan 1 murid tahun 5).






Pendedahan dalam program ini sangat bermakna dalam menyampaikan pendidikan alam sekitar yang lebih dekat kepada murid dalam sekolah di samping itu para fasilitator bukan sahaja dari kalangan pihak kerajaan/NGO Sabah malah wakil dari Sumatera Indonesia turut hadir dalam program ini.








Terima kasih atas kesudian pihak SK Sandau menjemput wakil SK Paris 3 untuk turut sama dalam program ini. Walaupun kami berada di sana kurang dari 2 jam, namun input dari pameran dan pembentangan yang dilaksanakan memberikan banyak pengetahuan kepada kami semua.

Dalam pada itu, refleksi untuk diri saya sendiri ialah pendedahan kepada mengadakan program sedemikian rupa di sekolah saya sendiri di masa akan datang dengan mengambil kira ruang tempat dan bahan penyediaan untuk pameran serta lembaran kepada murid-murid.

Tahniah kepada semua warga SK Sandau kerana berjaya menjayakan program yang amat penting dan berguna untuk generasi sekarang bagi kepentingan sejagat di masa akan datang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails