Assalamualaikum.
SEKOLAH RAKAN ALAM SEKITAR (SERASI)
Syukur Alhamdulillah, mesyuarat pertama program SERASI bil. 1/2012 telah selamat di adakan pada 14-Feb-2012. Pada waktu entri ini dimasukkan, perjalanan program masih dalam keadaan perlahan dan sederhana kerana banyak tugas dan tanggug jawab lain yang perlu dilaksanakan oleh semua guru-guru dan pentadbir.
Walaubagaimanapun, pada hari semalam (Rabu 15-Feb-2012) En. Joenas selaku GPK-Kokum telah menyatakan bahawa semalam merupakan hari perasmian untuk program PENGHIJAUAN SEKOLAH.
Setiap murid yang di agihkan dalam kelab dan persatuan (untuk program kokum setiap hari Rabu) akan bergerak bersama Guru Penasihat ke kawasan yang telah di tetapkan untuk merancang, melaksana dan mempromosikan kawasan mereka agar bersih, cantik, indah, ceria dan kreatif.
Harapan yang tinggi amat diharapkan di atas kerjasama semua pihak. Kesediaan pihak pengurusan sekolah untuk bekerjasama dalam membantu peruntukan kewangan memudahkan lagi proses perjalanan program SERASI. Bertitik tolak dengan prorgram 3K, program SERASI ini juga diharap dapat membawa kebaikan dan manfaat yang besar sekaligus memberi hasil kepada murid, guru dan sekolah untuk memperindahkan lagi kawasan dalam dan luar bilik darjah (kelas).
LAMPIRAN : KERTAS KERJA SERASI 2012
PELAN TAKTIKAL DAN OPERASI
PENGHIJAUAN SEKOLAH
Sekian dahulu dari saya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan