Pertemuan ini, membincangkan permasalahan dan isu yang dihadapi oleh para peserta kelas intensif dalam beberapa perkara seperti berikut:
1. Kehadiran - masalah pengangkutan dan minat untuk hadir kelas di waktu petang mengikt jadual
2. Kewangan - pembelian modul dan juga belanja makan/minum (tambahan waktu petang)
3. Kesihatan - mengenal pasti peserta yang mengalami kesihatan yang teruk dan berulang-ulang
Hampir 20 minit sesi pertemuan ini dijalankan, cuma terdapat beberapa orang murid sahaja yang benar-benar menghadapi masalah utama seperti di atas. Perkara ini selanjutnya akan di bawa diperingkat pengurusan dan pentadbiran sekolah bersama guru-guru m/p.
Selanjutnya, En. Zainudin sampaikan amanat dan hasrat sekolah ingin melihat anak didik di sekolah ini yang telah dipilih, berusaha dengan bersungguh-sungguh. Sekiranya menghadapi masalah segera disampaikan kepada guru di sekolah untuk dirunding dan diselesaikan.
Alhamdulillah, sesi pertemuan ini berjalan lancar selama 30 minit. Seterusnya ialah sesi bergambar.
Berikut merupakan beberapa gambar yang dapat dikongsikan bersama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan