SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Ahad, 1 April 2012

Bengkel Kepimpinan Kelab Pengguna Sekolah

KPS merupakan singkatan bagi Kelab Pengguna Sekolah.

Mula diwujudkan bermula 1992. Saya mendapat pendedahan bekenaan dengan kelab ini ketika menghadiri bengkel yang telah diadakan di Kompleks Sukan Tawau pada 31-Mac dan 1-April-2012 (sabtu dan ahad).

Berikut merupakan beberapa gambar yang boleh dikongsikan

Sesi bergambar di akhir sesi bengkel


Sesi Ceramah (1)


Bengkel ini tellah selamat di tangguhkan pada jam 12.00pm oleh wakil PPD Tawau.
Adalah diharap semua pelajar yang hadir dalam bengkel ini, dapat meningkatkan aktiviti dalam kelab.


Sedikit refleksi:

Mulanya, saya datang ke sini hanyat untuk menemani isteri selaku guru penasihat kepada Kelab Pengguna Sekolah beliau dengan kehadiran 2 orang murid (1 lelaki dan 1 perempuan).

Pada hari pertama, seronok juga melihat beberapa aktiviti yang disediakan. Dalam bengkel ini juga banyak memberikan saya pendedahan secara terus mengenai KEPENGGUNAAN dan juga mengorganisasikan sesuatu kelab dan juga aktiviti secara berkesan.

Alhamdulillah, segala keperluan dan bahan untuk KPS di sekolah telah diperolehi dari guru penasihat tahun sebelum ini dan dibawa juga ke dalam bengkel ini sebagai rujukan. Isteri saya juga sempat untuk bersiar-siar sekitar Tawau sekalipun sudah masuk kandungan bayi bulan ke-7.

Segalanya berjalan dengan baik. 

Syukur kehadrat Allah taala yang memberikan kekuatan kepada saya dan isteri untuk teruskan perjalanan pulang ke Lahad Datu pada tengah hari Ahad yang mana kami bertolak pada jam 2.00pm dan tiba di rumah jam 4.00 pm.

Pengalaman berada dalam bengkel ini, akan saya jadikan sandaran untuk lebih aktif dalam kegiatan kokurikulum dalam apa jua kelab/persatuan yang diberikan. Perkara yang utama ialah lakukan sesuatu kerana Allah untuk mencari keredhaan Allah, seterusnya ialah segala aktiviti dan program lebih mengutamakan kepada murid dan memberi faedah/manfaat yang bagus kepada semua ahli kelab disamping dapat mengeratkan kerjasama dan keserasian antara guru dan murid. Lantaran itu, dengan aktiviti dalam kelab dapat mencegah murid daripada melakukan perkara tidak berfaedah dan dapat berkongsi ilmu kepada orang lain disamping menggunakan ilmu yang diterima sepanjang program/aktiviti untuk manfaat semua pihak.

InsyaALLAH. Semoga Allah memberkati usaha kita semua. Amin.




SEDIKIT PERKONGSIAN





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails