SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 27 April 2010

ASTRO TVIQ

A ssalamualaikum dan salam sejahtera.

Syukur rasanya kini Sekolah Kebangsaan Paris 3 sudah mempunyai ASTRO untuk pendidikan. Kemudahan ini telah saya gunakan dalam kelas Bahasa Inggeris pada hari Isnin lepas, kelas 4Proaktif dan 5Proaktif.

Alhamdulillah, minat murid dalam mempelajari BI semakin meningkat kerana dalam TVIQ terdapat rancangan yang menggunakan kuiz dan wawancara. Saya gunakan kaedah 'listening and speaking' dalam kelas BI ini.


Murid akan menyenaraikan watak, plot, dan perkara yang mereka suka dan tidak suka dalam sesuatu rancangan yang mereka lihat dan dengar. Seterusnya mereka akan berkongsi kepada semua murid. Ini secara tidak langsung melatih murid untuk berani bercakap dan berkongsi idea dalam mencari maklumat bagi sesuatu rancangan atau cerita.

Moga ASTRO TVIQ ini dapat dijadikan satu lagi kaedah terbaik dalam menjalani PNP secara seronok dan membahagiakan semua pihak ;)

Amin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails