Assalamualaikum. Jamuan makan kecil telah diadakan di Bilik Gerakan Sekolah Kebangsaan Paris 3 pada 24 April 2010 (sabtu)_ bagi meraikan semua tenaga kerja dan guru-guru. Jamuan ini bertujuan untuk mengeratkan lagi tali persaudaraan dan hubung jalin yang baik antara guru-guru sesi pagi dan petang serta semua tenaga kerja warga sekolah.
Saya memohon maaf ke atas kekurangan jamuan ini dari segala aspek. Antaranya ialah
1-Sup Ayam (kurang garam)
2-Sambal cili (tidak disediakan maka kurang rasa mengancam/tiada pedas)
3-Kaki Ayam (tidak dipotong kuku ayam)
4-Air Minuman (tidak disediakan)
5-Nasi (kurang dari jumlah bilangan untuk santapan)
6-Senduk (tidak sesuai dan kecil)
7-Buah-buahan (tidak disediakan)
Aspek-aspek tersebut saya akan cuba perbaiki di masa akan datang. Saya mengucapkan terima kasih kepada Ibu saya yang memberikan ramuan sup ayam tersebut, Isteri saya Elly Sofiana yang memberi sokongan, Ustaz Rahmat yang berikan pandangan untuk penambahbaikkan, CIkgu Azuar menegur corak dan rasa masakan, Guru Besar kerana memberi kebenaran mengadakan jamuan tersebut yang mana saya tidak memaklumkan terlebih dahulu.
Saya juga ucapkan terima kasih kepada guru-guru dan warga kerja sekolah yang banyak membantu saya bermulanya saya masuk ke sekolah sebagai seorang guru. Saya berharap, agar kita semua dapat disatukan hati dan berkerjasama serta tegur menegur antara satu sama lain dalam menuju puncak kejayaan ketika mana menjalankan amanah sebagai seorang guru. Moga kita semua mendapat rahmat dan keberkatan Allah Taala. Amin.
-mustakim-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan