
Pembahagian kerja juga dijalankan mengikut hari.

1-Persediaan peralatan berupa Kertas Pasir untuk murid sebagai alat untuk menjimatkan masa. Walaupun sebelum ini, saya sudah berpesan sila bawa kertas pasir, namun tidak menepati ciri yang diperlukan. Murid membawa kertas pasir yang kecil saiznya dan jenis halus.
2-Makluman kepada murid mesti dilakukan dengan berkesan dari hari ke hari kerana murid kecil ini mudah lupa jika kita cakap/pesan hanya sekali.
3-Perlukan seorang ketua untuk memantau murid laksanakan kerja. Saya melantik ketua dikalangan murid supaya dapat melatih murid ini menjadi ketua dalam sesuatu projek.
Semoga mereka semua dapat punyai pengalaman yang berbeza dan kaedah ini secara tak langsung meningkatkan kemahiran murid Tahap 2 bagi sekolah saya ini. InsyaAllah. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan