Salam kemajuan untuk semua guru-guru dan murid tercinta.
Pada hari ini, murid kelas 4Propaktif dan Progresif telah melaksanakan satu kerja. Apakah kerja dan tugasan itu? mari kita saksikan gambar yang telah saya sediakan.
Saya telah buat pembahagian kepada beberapan kumpulan untuk Model Projek Kereta Mini. Murid haruslah menyediakan model tersebut dari usaha dalam kumpulan mereka sendiri. Samada mereka mengumpul duit bersama untuk membelinya, mendapatkan sumbangan dari ibu bapa, melalui jualan kuih muih di rumah dengan pendapatan sendiri. Maka, beberapa kumpulan telah berjaya sediakan model tersebut.
*Murid berusaha untuk belajar melalui pengurusan kumpulan dan cara mendapat kewangan bagi sesuatu projek tanpa berharap kepada guru.
Murid telah mengeluarkan setiap komponen dalam plastik dan mula untuk mencantumkan bagi setiap komponen model kereta mini tersebut. Salah seorang dari ahli kumpulan, akan menulis cara-cara mereka memasang komponen kereta tersebut. Setelah siap pasang model, ahli kumpulan akan berbincang dan membuat perbezaan cara memasang komponen tersebut yang mereka laksanakan adakah sama dengan manual yang diperolehi dalam kotak model kereta tersebut. Seterusnya, murid akan menyenaraikan ciri-ciri model kereta mini bagi kumpulan mereka.
Seterusnya, kumpulan bagi pengadil/pemeriksa/QC telah dilantik untuk memeriksa setiap ahli kumpulan yang menyediakan model kereta mini untuk dikenal pasti akan tahap kualiti dan markah kerjasama turut diberikan. Kumpulan QC ini juga akan mencatat setiap komponen yang digunakan oleh ahli kumpulan tersebut dalam jadual yg mereka guna untuk mengenal pasti setiap komponen yang digunakan mematuhi piawai untuk menyediakan kereta mini.
Akhir sekali, kereta mini tersebut akan di uji untuk mendapat markah pengujian dari segi kualiti.
Alhamdulillah, semua kumpulan berjaya menyediakan model kereta mini masing-masing kecuali 1kumpulan sahaja dari kelas 4Proaktif. Saya telah melantik Aniff sebagai Jurutera Otomobil bagi membantu kumpulan tersebut. Namun masalah mereka tidak dapat diselesaikan. Namun kumpulan tersebut tidak gagal kerana Pengadil/Pemeriksa/QC telah memberi markah kerjasama sebanyak 9 dari 10 markah.
Syukur semuanya berjalan lancar. Adalah diharap murid dapat mereka cipta sesuatu yang lebih memberangsangkan. Saya juga telah mendapat respon dari murid untuk mengadakan pertandingan rekacipta. InsyaAllah sekiranya mendapat KELULUSAN dan PERUNTUKAN dari pihak sekolah, segalanya akan berjalan lancar dalam bulan Julai nanti.
Bersamalah kita berdoa.
Sekian.
ws.
(Video 1)
(Video 2)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan