SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Selasa, 27 April 2010

PnP @ Perpustakaan

Assalamualaikum.
Pada sabtu yang lepas, PNP bagi hari ganti sekolah saya telah mengadakan kelas di Perpustakaan sekolah. Ini adalah pertama kali saya laksanakan PNP dalam bilik kecil yang dipenuhi buku. Tujuan saya ialah membolehkan murid untuk menggunakan bahan bacaan yang sedia ada dan juga kamus BI-BM sebagai rujukan. Jika hendak paksa mereka membeli kamus, adalah amat kejam. Maka inisiatif ini, dapat memupuk rasa minat untuk belajar sambil berbincang dalam kumpulan.

Masalah yang saya hadapi dalam perpustakaan ialah, ruang meja yang kecil dan ruang membaca amat terhad. Maka murid terpaksa berhimpit. Walaubagaimanapun, keadaan ini tidak sedikit pun melunturkan semangat mereka untuk terus belajar. Tahniah dan syabas anak-anak ku sayang.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar seperti yang saya rancangkan.
Jutaan terima kasih saya ucapkan kepada Ustazah Harirah kerana sudi meminjamkan kunci perpustakaan tersebut. Saya harap, perlaksanaan PNP seterusnya di perpustakaan akan menjadi lebih baik.

(Video dari pembacaan murid ; Norazzah 4Proaktif)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails