Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Ahad, 25 April 2010
Myvi Elly
Alhamdulillah. Syukur rasanya kerana kereta isteriku Myvi oren telah pun selamat sampai di Sabah. Amanat dan segala pesan akan di pegang dengan sebaik-baiknya. Perjalanan pulang dari Kota Kinabalu ke Lahad datu dengan menaiki Myvi bersama Cikgu Azuar amat menarik dan merupakan pengalaman manis yang tidak dapat saya lupakan. Terima kasih kepada Cikgu Azuar yang menemani saya sepanjang pengalaman itu. Pengorbanan Cikgu Azuar amat besar kerana beliau menaiki Kapal Terbang dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu tanpa minta bayaran. Keikhlasan beliau jelas terpancar sepanjang perjalanan pulang ke Lahad Datu ketika berada dalam kereta.
Terima kasih juga kepada Guru Besar yang memberi kebenaran kepada saya untuk pergi ke JPN Sabah dalam urusan perpindahan isteri saya dari Negeri Johor ke Negeri Sabah. Segalanya berjalan lancar. Moga-moga pihak KPM dapat juga mempertimbangkan perpindahan sekolah isteri saya ke Sabah di Lahad Datu yang berdekatan di rumah berwarna merah jambu selaku warna kesukaannya. Amin.
Wassalam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan