SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Isnin, 17 Ogos 2009

Best dan Tak Best











3.36pm Isnin 17.8.2009

Ari ni masuk skolah lagi awal dari biasa..aku dtg je dah jam 7.00am..hehe saje je cz rs bersemangat pulak nk dtg ke sekolah utk kena observe...

Pagi tu ms perhimpunan...semua cikgu praktikum dikehendaki berkumpul kat dewan atas arahan cikgu pembimbing aku..aku ingatkan kenapa la..rupa2nya ada SPOT CHECK ke atas barag2 murid (dalam beg) hehe..ni lah perkara yg aku nanti2 kan...

ingatkan byk sgt la brg2 yg kena kantoi ke nnt...tgk2 je sket jugak lah..tp ada gak yg melampau bawa pisau besar mcm nk potng daging jerk..huhu....ina jaga kelas dia sendiri..tp aku tak dapat ape2 kelas..so aku bantu la cikgu2 lain dalam ms yg sama amik gambar la ms cikgu2 wat pemeriksaan beg...azizah lak ckp dia terjumpa surat dalam beg sowang murid dia kelas yg dia ajar matematik...dia baca surat tue ditujukan kepada dirinya sendiri (azizah) hahaha...gelak besar jerk cz surat tu nk minta maaf kat azizah kerana murid tu ada wat salah..kata azizah... (tp surat tu x pass pun kat azizah)

ari ni dah kena obsrve dgn cikgu pembimbing....argh..tak bestnyer dan menyesal lah jugak cz PNP aku tidak bape sgt berjaya krn unsur NILAI MURNI aku tak sempat nk katakan di akhir PNP maupun di awal PNP...ini adalh kerana aktiviti yg aku wat tidak terjangka yg murid2 dlm kelas tu amik ms yg lama hendak menyiapkan..ini adalah kelas yg pertama kali aku mengajar yg mana cikgu pembimbing mencabar aku utk mengajar kelas tahun 5 yg terakhir dan nk menilai aku dari kelas berkenaan...yg berjaya nyer ialah kawalan kelas dan menarik minat murid2 utk menjayakan aktiviti yg aku jalankan.heheh...utk kelas ni aku terpaksa guna STIKCERs bintang2 ms diorang wat model..gambar tak dpat nk dimasukkan cz ms ni INA tak sempat amik gambar....so markah utk observation kali ni teruk di bahagian NILAI MURNI...aku akan cuba wat yg terbaik di lain kali..dalm ape jua keadaan sbg seorang cikgu,kita mmg kena masukkan unsur nilai yg baik agar murid sentiasa di ingatkan2 ttg perkara2 yg baik...

Ina pun camtu juga...tak sempat nk ckp lebih2 ttg unsur2 nilai..wpun sempat gak ckp..tp cikgu pembimbing kata, tdak cukup POWER kata2 ina semasa mengetengahkan unsur2 nilai dalam kelas...

balik je dari skolah..aku ckp kat puan hashimah yg aku nk masuk kelas 5 terakhir tu sklai lagi krn cikgu pembimbing aku berada di luar ada KURSUS. PK1 kata OK!!! then aku cari maklumat untuk program RIMUP yg akan dijalankan pada JUMAAT ni...aku dan ina menjadi AJK tetap dan kena cari calon2 murid utk menyerta program JUMAAT ni..then kami kena wat DOKUMENTASI...insyaAllah kami dapat buat dengan jayanya berkat bimbingan cikgu pembimbing dan pengalaman di IPGM sblum ni...tgk laa camne kitrang wat DOKUMENTASI...hehehe.... (conth dari sek.putrajaya pun aku ada)

nk wat RPH dan menanda2 buku ni...esok nk kena observe lagi...wpon agak2 berat juga kena observe street 2hari berturut2 tp ni lah dinamakan cabaran dan tugas seorang guru...takkan la masa nk kena observe jer nk wat yg terbaik...kita kena sentiasa MEMBUAT YG TERBAIK....insyaAllah segala kerja dan usaha kita akan diberkati dan mendapat manfaat yg besar terhadap diri kita sendiri dan juga orang lain...sekian..

TAMAT (3.50p.m.)

Ahad, 16 Ogos 2009

Old Town





11.35p.m AHAD 16.8.2009

Aku baru je sampai umah tadi ms jam 10pm. Ms ni MU tgh lawan dgn birmingham city 1-0. Aku xsempat nk tgk sume bola2 tue...huhu...

Bestnyer semalam dan ari ni balik jB..dapat mkan kat OldTown..aku makan nasi lemak spesel ada lauk rendang Ayam lagi...tue pun isteri aku yg perkenalkan...heheh

sekadar nk berkongsi yg nasi lemak kat Old Town mg sedap dan puas ati....hargenyer pun STANDARD gak lah kan...dah makan tempat2 camtu...sendiri mau ingat beb....

Pasni nk prepared sket2 utk kena observe dgn cikgu pembimbing...huhu..besntnyer..dah lama xkena observe...aku ngan ina laa kena...tapi ina tatau la dtg ke tak cz ptg td dia call aku kate x bape sihat...hopely dia akan bertambah sihat dan pulih...kalo x susah gak la dia nnt.....

Jom buat RPH tengah2 mlm buta nk tidur kol bape nih...huhuhu

Enjoy!!!

Tamat (11.37p.m.)

KHEMAH IBADAH











4.47pm SABTU 15.08.2009

Hari ni aku gie sekolah kerana ada khemah ibadah untuk murid tahun 1 hingga 4. Kesemua cikgu praktikum WAJIB pergi. Ina hubungi aku pagi lagi dan maklumkan yang dia sakit, tidak sihat nk pergi ke sekolah.

AKtiviti dijalankan ialah fardhu ain. AKu menjaga kelas tahun 3 bersama cikgu kelasnya yang agk spoting giler. Kitrang jangkakan bleh balik awal tp MALANG tidak berbau kerana murid2 masih tidak dapat kuasai dgn baik. Aku pula murid2 panggil ustaz. Mentang2 lah memakai songkok, diorang ingat aku ustaz Mustakim. Hehehe. Terasa seronok jugak sebenarnya. Aku pun mmg suke mengajar agama. Dalam sesi itu, aku membantu cikgu tersebut utk menerangkan sedikit sebarang kemusykilan dalam fardhu ain, conthnye pergerakan fi`ili dalam solat serta perkara2 yg membatalkan solat. Seterusnya aku bantu untuk menyemak fahaman dan hafalan murid untuk setiap sesi yg di ajar (wudhu, niat solat, cara bersolat, bacaan dalam solat, doa2, surah2 pendek).

Pada pukul 11 lebih kurang, aku minta kebenaran dari cikgu utk melihat dan meninjau situasi di kelas yang lain. Aku perhatikan dan mengambil beberapa keeping gambar untuk setiap kelas yg menarik dan yang dikendalikan oleh cikgu2 praktikum. Hehe. Kelihatan Ina, azizah, suhaila, aida dan kak aisyah umpama ustazah pula pada hari ni…hehehe sungguh bertuah dpat pengalaman mengajar fardhu ain kepada murid2 ini. Ini merupakan satu ilmu dan pengalaman untuk mendidik anak sendiri dan anak bangsa kita supaya tidak tercicir dalam memahami kepentingan Fardhu ain. Sekurang2nya cikgu sendiri bole mengajar dalam bidang AGAMA. Tahniah kepada semua!!!

TAMAT 4.57P.M. (aku tulis dlam bas ms perjalanan pergi ke JB)

SOLAT HAJAT






4.59p.m Sabtu 15.8.2009
Pada hari khamis (13.8.09) yang lalu sekolah telah menganjurkan program solat hajat perdana sempena persediaan UPSR untuk murid tahun 6. Program ini melibatkan semua guru2 sekolah, PIBG, ibubapa murid tahun 6 dan murid2 tahun 6 yang wajib menghadiri untuk solat hajat ini. Program bermula seawall 5ptg selepas asar yang mana dimulakan dengan ceramah. Untuk menguatkan semangat dan menambahkan usaha supaya murid sedar hala tuju dan kepentingan solat hajat. Ustaz skolah tu sendiri yg sampaikan ceramah. Padahal tetamu jemputan sudah dijemput, tp xdtg. Aku sendiri tatau kenapa. Mungkin ada masalah sket kot. AKu pula ditugaskan sebg persediaan tempat untuk solat hajat yg akan dilakukan di kantin sekolah. Aku, kak ju dan cikgu pembimbing telah ambil tikar getah dari surau berdekatan. Perkara ini telah dimaklumkan kepada imam di situ. Kalau tidak, mesti penduduk taman akan mengamuk dan mengadakan demonstrasi. Maklumlah, sekrang ni kalou tidak puas hati ape2 mesti akan lakukan DEMONSTRASI. Huhu.
Program ni telah dijayakan dengan baik oleh kesemua cikgu2 di sekolah termasuk cikgu praktikum. Yang anehnya, cikgu2 praktikum dari IPGM teknik sahaja yg hadir tetapi dari IPGM lain tidak kelihatan. Aku malas nk komen ape2. Kerana cikgu2 lelaki mmg di TITIK BERATkan supaya dtg semasa SOLAT HAJAT dilaksankan bermula jam 7.00petang. Aku mmg dtg lewat krn program ceramah aku tidak dtg. Yang penting solat hajat. Hehehe. Ina punye la rajin, dtg gak ms ceramah, tp dia tidak larat untuk teruskan dan balik ke umah setelah ceramah habis. Aku sempat jumpe ina dan cikgu pembimbing di belakang pentas. Waktu tue diorang tgh sibuk sebut2 nama aku. Amboi, katanye mengumpat2. Maklumlah aku kan dating lambat. Hehe. Terkena aku dengan cikgu pembinbing. Abis je makan, ina dan cikgu pembimbing pun pulang ke rumah masing2 dan aku teruskan degn solat hajat.
Aku sempat mengambil beberapa keeping gambar dan video sebelum, semasa dan selepas. Berikut adalah video yg berkaitan dapat aku kongsikan bersama kawan, semoga kita sesame dapat membina sahsiah guru CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.
TAMAT 5.10p.m. (dalam bas, ketika ini bas kuar ke tol Yong Peng. Aku pun tak paham patutnya dia street je ke JB)

LATIHAN KEBAKARAN DAN KESELAMATAN






5.47p.m. SABTU 15.8.2009

Pada hari khamis (13Ogos09), skolah telah mengadakan sesi latihan atau praktis untuk keselamatan dan kebakaran. Pagi tu cikgu roseli dating berjumpe dengan aku ms jam 9.30am. kebetulan ari tu aku xder PNP. Dengan senang ati aku ckp la leh je tolong. So, dia minta aku membantu murid untuk memudahkan perjalanan keluar dari kelas ke tempat lapang di luar sekolah. Aku sempat makan jap ms 9.30 tu dengan ina kat kantin,hahaha sedap sgt kuih karipap kantin tue..aku bedal 3ketol sowang2. Tepat jam 9.45pagi cikgu roseli pun membunyikan siren menandakan murid2 dikehendakki keluar dari kelas dan beratur ikut kelas turun ke tempat lapang yg telah ditetapkn. Pergrakan murid pada mulanya agak lancer tetaPKpi setelah murid2 mula ramai yg kuar kelas…mereka mula tidak beratur yg mana kelas tidak dibimbing oleh cikgu.Aku sempat merakam sedikit dan mengambil gambar2 ketika sesi taklimat di tempat lapang. Hahaha..yang anehnye makcik pakcik kat kantin tu, tak pula JOINT sama untuk keluar dari kawasan sekolah. Bg aku aktiviti ni harus melibatkan semua pihak dalam skola.


So, disni, ada kesimpulan nk dibuat, konsep keselamatan kebakaran di sekolh harus dipraktikkan agar murid2 lebih mengetahui ttg peranan dan tindakan yg harus dilakukan. Jika tidak, ketika berlaku kebakaran yg sebenar sudah pasti semua pihak termasuk lah guru2 akan kelam kabut. Kalo lah berlaku kebakaran betul2 ms praktikum….terpaksa lah ajar murid2 kat padang..huhuhuh

TAMAT (bas td berhenti singgah utk solat dan makn minum., aku sempat la me nunaikan solat asar dan zohor secara JAMAK TA`HIR. Skrang OTW ke JB balik…xsabar nk jumpe bini seorang…hargailah sementara ada..hargailah keluarga sendiri)
6.04p.M

PENSYARAH DATANG OBSERVE!!!

6.14p.m SABTU 15.08.2009

Hari jumaat ari tue pensyarsah dah dtg ke skolah utk observe aku dan ina….waduh2 best gile GAMAT!!! Kitorang mmg dah tau sejak ari isnin lagi..hehe kalo tak dia nk observe ms ari selasa..tp tak jadi kerana ada urusan lin di IPG.

Dengan bestnyer pagi jumaat tue..aku sempat lagi masuk kelas 1cekal krn PK1 minta aku relief kejap 1jam. Cikgu PJ tak datang..so 30minit pertama aku buat aktvt regangan je dalam kelas..30minit kemudian aku bg sedikit intro yg TUAN GURU BESAR nk dtg masuk kelas diorang..hehehe saje takutkan dirang..aku minta diorang sume berkelakuan baik dan menjawab sume soalan dan bg conth yg aku minta….

Ina yg kena observe dulu…bukan main pensyarah telah member komen yang membina dan mendapat markah yg tinggi. Tidak keterlaluan kalau aku ckp ina mmg mempunyai BAKAT cikgu kerana dia padai menarik minat budak2 dalam nyanyian dan ABM yg dibawanya….huhu tahniah Ina…. Abis je kelas ina kena bserve, aku ina pergi kantin dengn pensyarah. Makan2 jap.

Aku gerak awal dari kantin untuk menyediakan BBM yg patut..amsuk ke makmal sains aku masak air panas,masuk bilik guru aku pinjam diorangnyer JELLY macam agar2 tue… (makanan ms mlm td solat hajat yg mak bapak bagi) untuk dijadikan bahan PNP. Maklumlah nk mengajar HOT and COLD. Huhuh….

aku mulakan pnp dengan tnye ape tu ht and cold..masing2 leh jawab then bg conth..aku dah letak brg2 tu kat depan..aku minta setiap murid buat barisan ikut kumpulan2 diorang…swang2 sentuh kettle, candle, jelly , ice cube (dalam cawan). Hehehe..saje nk bg diorang sentuh cz nk masukkan kefahaman dan kosep sebenar…segalanya berjalan lancer..x sagka gile yg murid2 sume baik dan dpt buat aktiviti tanpa kena marah…dah tu takde sape lak nk gi ke tandas..ada pun yg btul2 nk kencing jer la..pensyarah kata aku Berjaya dan buat dengan baik Cuma BBM yg aku gunakan agak bahaya kepada murid2 kerana membawa kettle dalam kelas….

BEST GILER dapat pujian krn susah payah aku blaja camne nk KONTROL kelas..hehe
TAMAT (6.25p.m. time ni baru je kuar dari tol skudai)

p/s: tak dapat letak gambar dan video krn kamera aku beterinyer HABIS...xbest jerk!

Jumaat, 14 Ogos 2009

PNP Ina








14.8.2009
Jumaat
6.07pm

Salam

Disini aku nk memasukkan sedikit perkongsian maklumat bersama kwn2 lain tentang PNP Norazlina yang agak menarik dalam subjek SAINS dan BAHASA INGGERIS ketika hari semalam KHAMIS 13.08.2009 (semalam aku penat sgt xsempat nk update blog).

Ina mulakan PNP untuk sains topik CONSTELLATION dengan menunjukkan silde show dahulu...sedikit maklumat ttg buruj dipersembahkan kpd murid kemudian disusuli dgn worksheet supaya murid bleh menjawab soalan dengan mencari maklumat dri buku teks atau buku rujukan...
Aktiviti yg menarik disini, ialah selepas perbincangan latihan tersebut, cikgu telah tanah liat dan batang sate (stick) untuk membuat model buruj tersebut...wah! mmg seronok sgt murid2 dalam kelas ina. dlam masa yg sama mereka bergandingan membuat buruj dan menulis beberapa maklumat lain ttg buruj yg dipilih mengikut kumpulan.

(sebenarnya, sehari sblum PNP sains yang dibuat pada hari khamis semlam ni., ina tanya kat aku camne lagi nk wat aktvt kumpulan, aku telah cadangkan guna pelastesin dan batang kayu, then ina mintak aku sediakan semua tu kerana susah bg ina hendak mendapatkan ABM tersebut. aku pun mmg dah cadang nk wat camtu aktiviti berkumpulan untuk kelas aku pada ari jumaat ni. Tak sangka pula ina dpat menjayakan dengan baik. MMg patut pun cz murid dalam kelas ina senang sket nk kawal cuma ada 3 orang yg agak susah. Bak kata ina, dia nakal sket..then masa akhir dalam kelas, budak tu telah kena piat sket dengan ina...hehehe...nk tau ceta lanjut..kena la tanye ina sendiri...aku cuma bantu dia untuk masukkan gambar dan video PNP dia untuk dikongsi bersama atas PERSETUJUAN ina sendiri..)

Seterusnya yang menarik ttg PNP ina ialah subjek bhasa inggeris...
mmg best sgt..ntah la pendek kata murid2 sume tertarik dan dapat ikuti dengan baik..permulaan PNP dengan nyanyian SUNDAY MONDAY TUESDAY WEDNESDAY THURSDAY FRIDAY SATURDAY... ada lagi pjg liriknye tp aku sendiri dah lupe, lagu diikuti dgn melodi TWINKLE2...heheheh

sekian.....enjoy with the VIDEO :)

Selasa, 11 Ogos 2009

Hati Teruja

11.08.2009
Selasa
7.00pm

Hari ni aku sangkakan pensyarah pembimbimbing dan cikgu pembimbing akan masuk ke kelas untuk buat OBSERVATION bagi penilaian pada minggu ni. Rupanya tidak jadi kerana pensyarah ada urusan di Institut dan cikgu pembimbing pula ada urusan penting di sekolah berkait dgn peperiksaan. Berdebar2 jerk sebenarnya hari ni. Hehe

Aku masuk ke kelas tahun satu dengan tajuk ROUGH,SMOOTH,HARD AND SOFT. Segalanya berjalan lancar dengan menggunakan ABM yang ku bawa dari rumah. Aku minta diorang semua pegang bantal, tisu dan alat2 yang lain. Mudah paham dengan menggunakan benda yang realiti. Murid juga dapat memberikan contoh yang lain ketika sesi soal jawab. Seterusnya menggunakan student worksheet, mereka buat latihan dan mewarna mengikut jenis ciri2 objek.

Kemudia masuk kelas tahun 5, masuk topik CONSTELLATION. Aku dah sediakan video dan juga sedikit slide show dalam powerpoint untuk jenis2 buruj. Kemudia melakukan aktiviti dalam kumpulan supaya setiap kumpulan dapat membuat pembentangan. Kelemahan yg aku dapat ialah, pengurusan masa semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Aku memperuntukkan masa 15minit sahaja. Rupanya masih tidak mencukupi. Tindakan yang patut aku ambil ialah, aku harus memastikan berapa jumlah masa yang mencukupi supaya murid2 dapat menjalankan aktiviti itu dengan jayanya termasuk untuk buat pembentangan. Alhamdulillah setiap kumpulan dapat membuat pembentangan. Aku tertinggal kamera pada hari ni, tapi aku minta Ina membantu aku untuk mangambil beberapa keping gambar untuk rujukan aku. Sekiranya aku dapat merakamkan semasa sesi pembentangan, sudah tentunya menarik krn setiap kumpulan mempunyai cara dan kreativiti tersendiri. Apa2 pun aku tetap berpuas hati dengan komitmen yang di tunjukkan leh setiap kumpulan. Aku terus memberi markah kepada setiap kumpulan agar mereka mengetahui tentang aspek2 penilaian dalam pembentangan yang aku buat.

Hari ni adalah hari yang paling mendebarkan juga kerana petang tadi, aku dapat makluman dari Ina bahawa seseorang telah menghubunginya dan ingin datang pada esok hari untuk melihat segala hasil kerja dalam folio. Aku terus pergi ke kedai potostat dan segera melengkapkan keperluan dalam folio berkenaan. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat dengan baik. Cuma sedikit penambah baikan dari segi corak dan ilustrasi agar lebih menarik folio aku. Ntah bila la hendak mencantikkan folio. Aku pun tak berapa pandai sangat. Bersedialah untuk hadapi hari esok yang mana cikgu BI akan buat observation dalam masa yang sama mungkin pensyarah ada juga.

Hari ni best jugak kerana aku dapat sijil dari PK-KOKO kerana menjalankan aktiviti RIMUP pada jumaat lepas dengan mengadakan lawatan di Pusat Komuniti KAJANG. Bestnyer dpat sijil. Maklumlah, sijil pertama sebagai cikgu peserta dalam aktiviti luar di sekolah ketika berpraktikum heheheheh.

Semoga esok menjadi hari yang membahagiakan =)

Amin.

Tamat
(7.15pm) -solat maghrib

Isnin, 10 Ogos 2009

Penat Sket Nih




10.51pm
isnin
10.08.2009

ari ni ade meeting untuk 4agenda utama...
penat sgt lah dgr meeting td....

ari ni ina x dtg, so aku gantikan kelas dia..

ari ni pun aku tunjuk kat azizah dan suhaila cara2 nk buat blog..
balik umah jerk..tunjuk kat ibu aku cara nk wat blog...

tp ari ni mmg penat tatau la nape...tulis blog pun pendek jerk..

setakat ni jer dulu..esok lak kena observe dgn pensyarah...hrp2 semuanya baik2 belaka... amin...

wassalam...

Tamat (10.54pm)

Ahad, 9 Ogos 2009

Happy-nyer...




9.22p.m.
Ahad
9 Ogos 2009

Hari ni aku baru jer balik ke dengkil dari johor..cz siang tadi fasha cousin Elly kawen kat segamat..so minggu ni puas gak la berjalan dari JB ke segamat..huhuhu besnyer la sgt minggu nih...
pastu ina pulak czll aku ms aku OTW balik dari segamat ke selangr ms dlm bas..katanyer cikgu BI nk observe dia then suh masuk kelas tahun 5 pulak..pelik2 jerk...dah la bg msg jerk td...Ina ceta dia ngah pening kepala...ntah la..masing2 ada masalah dan kegembiraaan tersendiri..aku sentiasa mendoakan agar Ina sentiasa tabah dan diberi kekuatan..aku pun ckplah kat ina..alaaa lagi bape minggu jerk lagi kat sekolah tu..bertahan2 jer la...heheheh


esok lak..kelas nk mula cam biasa...tapi aku kan takder kelas..huhuh bestnyer la..aku hepi2 jerk ari ni cz tatau la minggu depan leh hepi camni ke tak..maklum lah sekolah aku ada byk aktiviti ms sabtu nnt....isteri aku lak kena ada sekolah ganti SABTU depan sempena deepavali katanya...aku lak tatau la jadi ke tak balik kg minggu depan...windunyer la....

TAMAT
(9.26p.m.)

Jumaat, 7 Ogos 2009

Komuniti



2.00p.m.
7.8.2009
Jumaat

Alhamdulillah sudah pun solat jumaat tadi kat masjid kg aku sendiri di Dengkil. Pagi tadi pun sudah menunaikan slat hajat bersama2 murid tahun 6 dan membaca surah yasin sempena menghadapi UPSR. Bak kata ustaznyer..sbg persediaan rohani.

Pagi tadi ke sekolah mmg penuh semangat krn sihat walafiat. Syukur sgt kpd Allah Taala krn mengurniakan kesihatan tubuh badan. Cikgu khanisah memaklumkan kepada aku bahawa lawatan ke Pusat Komuniti Kajang bertolak jam 9.00pagi dari sekolah. So,aku tunggu jer la masa yg ditetapkan sambil amik sarapan di kantin sebaik habis solat hajat. Semua murid berkumpul dahulu di kantin sebelum bertolak ke pusat komuniti tersebut. Seramai 30orang murid terpilih sahaja dari pelbagai kaum (melayu,cina,india) turut serta dalam lawatan ini. Lawatan ini adalah kerja sosial sempena RIMUP iaitu Rancangan Intergrasi Murid di peringkat sekolah. Ketika sampai di pusat tersebut, guru di pusat jagaan tersebut telah lama menanti kami semua. Kelihatan semua warga di kmuniti itu gembira. Aku akan selitkan gambar dan juga video yg sempat aku rakam sempena lawtan di sana. Antara aktivt yg dijalankan ialah beramah mesara bersama insan istimewa, memberi layanan, bersarapan bersama, bermain permainan kecil dan juga nyanyian serta dikir barat yg dipersembahkan oleh sekalian guru di pusat jagaan tersebut. Best sgt2.

Habis jer buat lawatan, aku kuar awal kerana aku ada kelas jam 10.30am bersama murid tahun 1 dan 5. Cikgu2 yg lain masih lagi meneruskan aktiviti di pusat tersebut. Aku teruskan Pnp mcm biasa sebelum menyerahkan keputusan ujian SAINS yg telah siap ditanda. Aku buat PnP dahulu sbg persediaan krn minggu depan pensyarah dan cikgu pembimbing akan membuat penilaian terhadap aku untuk kali ke 3. So, aku bagi la intro dulu camne nk jawab ms minggu depan. Walaupun nampak agak mengelat. tetapi untuk panduan langkah berjaga2. Syukur sgt krn pnp dapat berjalan lebih lancar dari biasa yg dijangkakan krn KAWALAN kelas kali ni lebih baik dan tiada pulak murid keluar2 masuk semasa PnP berjalan.

Habis jer masa skolah, aku dok bilik guru dan buat la Impak dan refleksi. Ina rakan aku sudah pun pulang krn ari ini dia tidak bawa kereta tetapi dipandu oleh suaminya. Alhamdulillah ina datang juga ke sekolah,krn aku sangkakan dia sakit dan tak dapat dtg. Ina telah menabahkan hati dan menguatkan semangatnyer untuk datang ke sekolah. Takpe lah jugak dtg ke seklah at least takde lah dapat komen yg bukan2 nnt dari cikgu lain kot2 nyer ada yg kata cikgu2 praktikum ni suke je amik cuti MC...hehehe

segla yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu dtg dr kelemahan diri aku sendirii...

TAMAT

(2.13p.m.)

rph

12.22a.m.
7.8.2009
jumaat

aku baru jerk siapkan rph...

huhuu...

aku nk selitkan video aktiviti masa koko-fes

tgk lah ek...

selamat menonton...


Khamis, 6 Ogos 2009

Hati Ke Hati


2.51p.m.
6 Ogos 2009
Khamis

Hari ini masuk ke sekolah macam biasa la, dtg jam 7.25a.m. pulak hari ni dan menjadi cikgu praktikum pertama yg tandatangan kedatangan...hehehe kira hebat jugak lah... ari ni khamis aku mmg tiada PnP dan hari ni pun periksa bulanan Ogos belum habis lagi..esok lah hari terakhir..aku dah maklum kan kepada cikgu khanisah yg ari ni aku mmg free dan takder ape nk buat..xkan la nk tanda paper test jerk..boring sgt lah dok dlm bilik guru jerk tanpa mengadap murid2 yg comel tue...so cikgu khanisah pun pergi ke pejabat dan bertanyalah kot2 ada kelas yg blee aku masuk...tak semena2 selang 20minit pastu sowang PAR masuk dlm bilik guru dan bagi nota kecil untuk aku RELIEF kelas cikgu yg tidak hadirkan diri ke sekolah..cikgu ni pulak TAK DATANG tanpa bagi makluman kepada pihak sekolah mahupun kpd cikgu2 lain selaku rakan sejawat....cikgu khanisah pesan kat aku yg kalo kita tak jadi dtg sekolah ats sebab2 yg tertentu sakit dan sbgnyer..tlong maklumkan kepd pihak sekolah supaya tidak menyusahkan orang lain..camtu lah cetanya di awal pagi...

pastu azizah pulak ckp kat aku kena preared FOLIO dan buku RPH cz ade pemantau pensyarah nk dtg..Alhamdulillah la..sume bahan aku dah lengkap cz mlm td aku dah penat susun semula FOLIO dan kemas kini buku RPH...kelam kabut je aku tgk azizah dan suhaila setting diorang nyer FOLIO....

Aku pun masuk la kelas RZELIEF dgn perasaan yg penuh semangat lagi..kena masuk lagi kelas 5Dedikasi...kelas semalam yg aku jaga...best ke tak best...janji dapat gak ngadap murid2 dah cukup puas bagi aku...abis jer ujian aku kerahkan diorang semua untuk KUTIP sampah bawah kaki..kalo tak cikgu pukul pkai pembaris panjang..pergh...mmg berkesan giler bila ckp camtu...tak sampai 2 minit lantai dalam kelas tue licin mcm kena MOP jer aku tgk....bagus jugak cara camni..kdg2 kena la berkeras sket semasa bg arahan...sebelum ni bagi gak arahan cara baik dan ckp lemah lembut..last2 sekali aku gak yg kena tibai dengan murid2...

tghari jerk..aku masuk kelas 5ikhlas...kelas kesayangan aku...ntah la...aku agak serasi dengan budak2 kelas tu wpon kelas tu byk kompeln dari cikgu2 yg lain...namun arahan yg aku bg utuk diorang wat LUKISAN JALUR GEMILANG berjaya jugak diorang paham...last2 aku bg la coth kat depan papan hitam..then diorang pun lakar dan mula lukis dengan kerja tgn masing....ada jugak yg sungguh2 dan ada juga yg memain...

arini Ina asyik mengeluh semacam cz buku RPH dia kena conteng2 dengan pen dakwat merah dengan cikgu pembimbing..ntah la...mungkin bg dia agak sensitif...ina ckp mmg dia tak sempat nk tulis RPH dan wat impak serta refleksi bg setiap PNP yg sebelum2 ni...cz dia pun demam sakit pening dan macam2 masalah yg dia hadapi pula...aku pula kesian tgk tgk ina nih...ntah la..sbg ikhtibar..ari ni aku kena la siapkan RPH untuk esok..kalo tak aku pun kena conteng2 dgn dakwat merah pulak....hehehhehe

paling best..arini aku berjaya juga menyumbangkan sedikit sumbangan untuk diberikan kpd Pusat Komuniti Kajang sempena lawatan dari panitia S&KW, Seni dan apa2 jer la untuk esok la ada lawatan kat sana..aku bg guddy bag (masa kawen aritu ada lebih) kat cikgu khanisah...nnt dia pun topup la ape2 brg lain...kesian aku tgk cz..sekola tidak sediakan bajet untuk pemberian tersebut melainkan hanya RM50 semata2...cuba la bayangkan..ape je yg bleh dibeli dengan RM1 nk diberikan kepada sowang sbg pemberian saguhati...huhu...pk la sendiri.....

aku balik ari ini dgn ati yg agak riang...aku tak payah lagi mengajar tuisyen cz cikgu tu kata minta tangguh dahulu..mybe anaknyer dah pandai kot...Alhamdulillah... sangka lah baik antara kita lagi baik dari kita bersangka buruk...

semoga setiap amalan dan tindak tanduk kita diterima dan diberkati agar ia menjadi bekalan yg hebat di hari kemudian..jauhkanlah dari rasa dengki, cemburu dan sifat2 mengata antara sesama kita...sebarang kesilapan dan kesalahan bersamalah kita selesaikan...muafakat antara kita membawa berkat....diri kita ialah dengan siapa kita berkawan...kawan itulah cermin hidup kita yang nyata...

wassalam..

3.11p.m. (tamat)

Rabu, 5 Ogos 2009

Kuarantin ^demam^

3.03pm
5ogos2009


Rabu- Hari ini aku masuk ke sekolah macam biasa setelah mendapat cuti rehat khas selama 2hari dari klinik yang mengesahkan aku terkena demam...doktor meengarahkan aku supaya duduk berehat dalam rumah dan di kuarantinkan selama 2hari (isnin & selasa). Ini adalah gara2 aku terkena demam ketika balik ke skudai,JB bertemu isteriku...doktor khuatir yg aku terkena H1N1..jika ari rabu aku disahkan masih lagi demam panas, maka aku kena gi hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut....Alhamdulillah segalanya baik dan berjalan lancar..demam aku makin baik..hari ni aku dpat jalankan tugas rutin ku sperti biasa..

Hari ni aku pertama kali jaga periksa..skolah ku memulakan ujian bulanan agak awal berbanding skolah yg lain...rata2 kawan2 sepraktikum aku yg lain blum lagi buat ujian bulanan...sepanjang mjga kelas peperiksaan tadi..rata2 murid dapat jawab dengan pantas, cepat dan boleh juga tido ketika menunggu masa ujian habis...camtu lah lumrahnya kehidupan murid di sekolah kebangsaan...hendak di bagi nasihat...air laut bumi pun boleh jadi kering di buatnya.....

petang ni tiada kegiatan kokurikulum...aktiviti telah dibatalkan...aku pun tak tau kenapa...yg pasti minggu depan ada aktiviti untuk khemah ibadat sempena UPSR yg hampir tiba....diharap semuanya berjalan lancar.....amenn.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails