SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 7 Ogos 2009

Komuniti



2.00p.m.
7.8.2009
Jumaat

Alhamdulillah sudah pun solat jumaat tadi kat masjid kg aku sendiri di Dengkil. Pagi tadi pun sudah menunaikan slat hajat bersama2 murid tahun 6 dan membaca surah yasin sempena menghadapi UPSR. Bak kata ustaznyer..sbg persediaan rohani.

Pagi tadi ke sekolah mmg penuh semangat krn sihat walafiat. Syukur sgt kpd Allah Taala krn mengurniakan kesihatan tubuh badan. Cikgu khanisah memaklumkan kepada aku bahawa lawatan ke Pusat Komuniti Kajang bertolak jam 9.00pagi dari sekolah. So,aku tunggu jer la masa yg ditetapkan sambil amik sarapan di kantin sebaik habis solat hajat. Semua murid berkumpul dahulu di kantin sebelum bertolak ke pusat komuniti tersebut. Seramai 30orang murid terpilih sahaja dari pelbagai kaum (melayu,cina,india) turut serta dalam lawatan ini. Lawatan ini adalah kerja sosial sempena RIMUP iaitu Rancangan Intergrasi Murid di peringkat sekolah. Ketika sampai di pusat tersebut, guru di pusat jagaan tersebut telah lama menanti kami semua. Kelihatan semua warga di kmuniti itu gembira. Aku akan selitkan gambar dan juga video yg sempat aku rakam sempena lawtan di sana. Antara aktivt yg dijalankan ialah beramah mesara bersama insan istimewa, memberi layanan, bersarapan bersama, bermain permainan kecil dan juga nyanyian serta dikir barat yg dipersembahkan oleh sekalian guru di pusat jagaan tersebut. Best sgt2.

Habis jer buat lawatan, aku kuar awal kerana aku ada kelas jam 10.30am bersama murid tahun 1 dan 5. Cikgu2 yg lain masih lagi meneruskan aktiviti di pusat tersebut. Aku teruskan Pnp mcm biasa sebelum menyerahkan keputusan ujian SAINS yg telah siap ditanda. Aku buat PnP dahulu sbg persediaan krn minggu depan pensyarah dan cikgu pembimbing akan membuat penilaian terhadap aku untuk kali ke 3. So, aku bagi la intro dulu camne nk jawab ms minggu depan. Walaupun nampak agak mengelat. tetapi untuk panduan langkah berjaga2. Syukur sgt krn pnp dapat berjalan lebih lancar dari biasa yg dijangkakan krn KAWALAN kelas kali ni lebih baik dan tiada pulak murid keluar2 masuk semasa PnP berjalan.

Habis jer masa skolah, aku dok bilik guru dan buat la Impak dan refleksi. Ina rakan aku sudah pun pulang krn ari ini dia tidak bawa kereta tetapi dipandu oleh suaminya. Alhamdulillah ina datang juga ke sekolah,krn aku sangkakan dia sakit dan tak dapat dtg. Ina telah menabahkan hati dan menguatkan semangatnyer untuk datang ke sekolah. Takpe lah jugak dtg ke seklah at least takde lah dapat komen yg bukan2 nnt dari cikgu lain kot2 nyer ada yg kata cikgu2 praktikum ni suke je amik cuti MC...hehehe

segla yg baik itu datang dari Allah dan yg buruk itu dtg dr kelemahan diri aku sendirii...

TAMAT

(2.13p.m.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails