Blogku buat tatapan sendiri dan rakan2 mengenang peristiwa2 yg kulalui bermulanya aku ingin menjadi seorang pendidik
Halaman
SILA KLIK SINI JUGA
FoLLow3rS
Iklan
Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III
Ahad, 16 Ogos 2009
SOLAT HAJAT
4.59p.m Sabtu 15.8.2009
Pada hari khamis (13.8.09) yang lalu sekolah telah menganjurkan program solat hajat perdana sempena persediaan UPSR untuk murid tahun 6. Program ini melibatkan semua guru2 sekolah, PIBG, ibubapa murid tahun 6 dan murid2 tahun 6 yang wajib menghadiri untuk solat hajat ini. Program bermula seawall 5ptg selepas asar yang mana dimulakan dengan ceramah. Untuk menguatkan semangat dan menambahkan usaha supaya murid sedar hala tuju dan kepentingan solat hajat. Ustaz skolah tu sendiri yg sampaikan ceramah. Padahal tetamu jemputan sudah dijemput, tp xdtg. Aku sendiri tatau kenapa. Mungkin ada masalah sket kot. AKu pula ditugaskan sebg persediaan tempat untuk solat hajat yg akan dilakukan di kantin sekolah. Aku, kak ju dan cikgu pembimbing telah ambil tikar getah dari surau berdekatan. Perkara ini telah dimaklumkan kepada imam di situ. Kalau tidak, mesti penduduk taman akan mengamuk dan mengadakan demonstrasi. Maklumlah, sekrang ni kalou tidak puas hati ape2 mesti akan lakukan DEMONSTRASI. Huhu.
Program ni telah dijayakan dengan baik oleh kesemua cikgu2 di sekolah termasuk cikgu praktikum. Yang anehnya, cikgu2 praktikum dari IPGM teknik sahaja yg hadir tetapi dari IPGM lain tidak kelihatan. Aku malas nk komen ape2. Kerana cikgu2 lelaki mmg di TITIK BERATkan supaya dtg semasa SOLAT HAJAT dilaksankan bermula jam 7.00petang. Aku mmg dtg lewat krn program ceramah aku tidak dtg. Yang penting solat hajat. Hehehe. Ina punye la rajin, dtg gak ms ceramah, tp dia tidak larat untuk teruskan dan balik ke umah setelah ceramah habis. Aku sempat jumpe ina dan cikgu pembimbing di belakang pentas. Waktu tue diorang tgh sibuk sebut2 nama aku. Amboi, katanye mengumpat2. Maklumlah aku kan dating lambat. Hehe. Terkena aku dengan cikgu pembinbing. Abis je makan, ina dan cikgu pembimbing pun pulang ke rumah masing2 dan aku teruskan degn solat hajat.
Aku sempat mengambil beberapa keeping gambar dan video sebelum, semasa dan selepas. Berikut adalah video yg berkaitan dapat aku kongsikan bersama kawan, semoga kita sesame dapat membina sahsiah guru CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG.
TAMAT 5.10p.m. (dalam bas, ketika ini bas kuar ke tol Yong Peng. Aku pun tak paham patutnya dia street je ke JB)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan