SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Sabtu, 22 Ogos 2009

Gotong Royong Fasa-1









Sabtu 22.8.2009 (1 Ramadhan 1430) 2.59p.m.

Hari ini aku telah datang ke sekolah untuk melakukan aktivti pembersihan dan kekemasan dalam makmal sains. Aku datang pada hari ini kerana azizah (cikgu math) ada bgtau (masa hari jumaat semalam)kat aku yg murid kelas 5 Ikhlas akan datang sabtu ni utk kelas tambahan matematik. Maka aku pun BERCADANG hendak mengajak murid yg FREE lepas kelas utk bantu bersama.

Sebelum aku teruskan ke makmal, aku menuju ke bilik guru dan mendapati tidak berkunci. Syukur sgt2 kerana aku ingin menyiapkan laporan ADAB untuk kelas 5 Ikhlas bg subjek SAINS selaku cikgu yg menjaga kelas sains bagi penggal ke-2. Guru kelas tersebut sudah maklumkan bahawa Laporan ADAB itu ada diatas mejanya, aku pun ambil dan menyiapkan dengan seberapa segera.

Kemudian, aku pergi ke kelas tambahan azizah. Kelas tambahan berada ditingkat 3 blok b. Dalam masa yg sama kelas 5 budiman juga turut mempunyai kelas tambahan yg mana cikgu pembimbing azizah yg menjadi cikgu kelas tersebut. Sgt aktif dan menarik ketika sesi kelas tambahan, nyata berbeza sama sekali jika hendak dibandingkan ketika waktu persekolah biasa. Murid yg dtg utk kelas 5(I) cuma 16orang dari 35orang.

Cukup Alhamdulillah, niat murni dan kesungguhan murid2 itu dibalas dgn baik oleh azizah dari segi penyampaian ilmu yg tidak menuntut sebarang imbuhan dari sesiapa. Kepuasan itu datang hanya jika murid tersebut dapat menerima ilmu dan menjadi seorang insan yg berjaya.

Ketika murid2 sedang lagi dalam kelas tambahan, aku seorang diri menuju ke makmal sains dgn ati yg agak was. Hehe terasa takut pulak. Aku lupakan semua itu kerana niat ku hanya hendak memastikan makmal sains kembali ceria wpun tak byk yg dpat kulakukan.

Sebelum itu, pada pagi tersebut jam 10.20a.m. aku hubungi Ketua Panatia SAINS hendak memaklumkan bahawa aku nk masuk ke makmal sains dan lakukan sedikit aktvti gotong royong untuk membersihkan dan menceriakan makmal sains bersama murid2, KP.SAINS kata ok dan bagus maksudnya dah dapat kebenaran lah kan?

Ketika murid2 datang membantu, aku buat pengagihan kerja agar semuanya dpat dilakukan dengan cepat dan pantas. Aku sangat2 berterimakasih kepada murid2 tahun 5IKHLAS dan 5BUDIMAN yg membantu.

Kini mereka sedar bahawa contengan dimeja menjadikan meja buruk dan susah hendak dibersihkan. Murid2 juga tau bahawa kerja yg melibatkan bilangan yg ramai dan komitmen yg tinggi menjadikan sesuatu kerja menjadi cepat siap dan sukses.

AKu cuma bgtau bahawa di bulan RAMADHAN ini berbanyak lah amalan yg baik dan hindarkan segala yg buruk. Aku mempelawa murid2 tersebut utk dtg lagi sekali pada hari ISNIN minggu hadapan utk bersihkan sekali lagi makmal sains dan aku aku tunjukkan kpd mereka video dan gambar2 yg pernah aku ambil.

Semoga usaha murni ini menjadikan makmal sains itu lebih ceria dan sentiasa terpelihara kebersihannya.

TAMAT
:::::balik dr sekolah jumpa ina nk minta GAMBAR RIMUP tp belum settle lagi so aktiviti RIMUP tak dapat aku tunjukkan dalam BLOG lagi, korang tuggu je hari isnin kang.OK?::::::

(3.14p.m.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails