SILA KLIK SINI JUGA

FoLLow3rS

Iklan

Pertandingan Memasak 2015 SK Lahad Datu III

Jumaat, 21 Ogos 2009

Bomba Datang!











Khamis (20.8.2009)

Hari ni BOMBA telah datang ke sekolah sempena sesi latihan kebakaran dan keselamatan sekolah. Murid2 telah turun ke bawah setelah mendengar bunyi siren. Pihak bomba dtg dengan jenteranya.

Setiap tahun diadakn tetapi pd thn ini pihak bomba dapat dtg dengan membawa JENTERA yg Cbesar itu. Pihak sekolah amat2 hargai dan berterima kasih. Ini juga merupakan peluang kepada cikgu2 dan murid2 utk melihat lebih dekat tentang BOMBA.

Cikgu dan murid juga telah diberikan peluang utk mencuba menggunakan alat pemadam api. Pihak bomba menunjukkan cara2 yg betul menggunakan alat tersebut. Suhaila beruntung kerana berpeluang melakukan demonstrasi tersebut. Aku pula hanya ditugaskan utk menjaga blok dan tingkat atas sekolah bg memastikan tiada sesiapa yg tercicir dalam kelas dan pastikan semua suis elektrik ditutup.

Bomba memberi sedikit penerangan dan penyampaian cenderahati telah disampaikan oleh Pk-HEM...

Tamat sudah aktiviti, aku duduk makan dan minum bersama dengan pihak bomba2. Abg2 bomba sangat ramah dan byk pengalaman mereka dikongsi bersama.

Latihan kebakaran amat penting sekali bg setiap sekolah. Ini adalah utk memastikan setiap cikgu dan murid serta kakitangan di sekolah sentiasa dalam keadaan bersedia sekiranya berlaku kebakaran. Pihak bomba sangat mementingkan hal ini. Bg premis perniagaan yg mempunyai insurans tetapi tidak mempunyai alat pemadam api, TIDAK AKAN DAPAT CLAIM insurans. Itulah satu perkara yg dikongsikan bersama ketika aku duduk makan dengan abg2 bomba itu.

Semoga murid2 di sekolah lebih terdedah kpd aktiviti yg bomba lakukan...ada juga segelintir murid yg sudah memendam cita2 utk menjadi bomba...bagus juga kan?

Malam ni ada pengumuman hari berpuasa bagi yg beragama ISLAM...
Tak sabar rasanya nak menyambut ramadhan...

TAMAT



TAMAT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Klik Sini

Related Posts with Thumbnails