11.08.2009
Selasa
7.00pm
Hari ni aku sangkakan pensyarah pembimbimbing dan cikgu pembimbing akan masuk ke kelas untuk buat OBSERVATION bagi penilaian pada minggu ni. Rupanya tidak jadi kerana pensyarah ada urusan di Institut dan cikgu pembimbing pula ada urusan penting di sekolah berkait dgn peperiksaan. Berdebar2 jerk sebenarnya hari ni. Hehe
Aku masuk ke kelas tahun satu dengan tajuk ROUGH,SMOOTH,HARD AND SOFT. Segalanya berjalan lancar dengan menggunakan ABM yang ku bawa dari rumah. Aku minta diorang semua pegang bantal, tisu dan alat2 yang lain. Mudah paham dengan menggunakan benda yang realiti. Murid juga dapat memberikan contoh yang lain ketika sesi soal jawab. Seterusnya menggunakan student worksheet, mereka buat latihan dan mewarna mengikut jenis ciri2 objek.
Kemudia masuk kelas tahun 5, masuk topik CONSTELLATION. Aku dah sediakan video dan juga sedikit slide show dalam powerpoint untuk jenis2 buruj. Kemudia melakukan aktiviti dalam kumpulan supaya setiap kumpulan dapat membuat pembentangan. Kelemahan yg aku dapat ialah, pengurusan masa semasa menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Aku memperuntukkan masa 15minit sahaja. Rupanya masih tidak mencukupi. Tindakan yang patut aku ambil ialah, aku harus memastikan berapa jumlah masa yang mencukupi supaya murid2 dapat menjalankan aktiviti itu dengan jayanya termasuk untuk buat pembentangan. Alhamdulillah setiap kumpulan dapat membuat pembentangan. Aku tertinggal kamera pada hari ni, tapi aku minta Ina membantu aku untuk mangambil beberapa keping gambar untuk rujukan aku. Sekiranya aku dapat merakamkan semasa sesi pembentangan, sudah tentunya menarik krn setiap kumpulan mempunyai cara dan kreativiti tersendiri. Apa2 pun aku tetap berpuas hati dengan komitmen yang di tunjukkan leh setiap kumpulan. Aku terus memberi markah kepada setiap kumpulan agar mereka mengetahui tentang aspek2 penilaian dalam pembentangan yang aku buat.
Hari ni adalah hari yang paling mendebarkan juga kerana petang tadi, aku dapat makluman dari Ina bahawa seseorang telah menghubunginya dan ingin datang pada esok hari untuk melihat segala hasil kerja dalam folio. Aku terus pergi ke kedai potostat dan segera melengkapkan keperluan dalam folio berkenaan. Alhamdulillah segalanya dapat dibuat dengan baik. Cuma sedikit penambah baikan dari segi corak dan ilustrasi agar lebih menarik folio aku. Ntah bila la hendak mencantikkan folio. Aku pun tak berapa pandai sangat. Bersedialah untuk hadapi hari esok yang mana cikgu BI akan buat observation dalam masa yang sama mungkin pensyarah ada juga.
Hari ni best jugak kerana aku dapat sijil dari PK-KOKO kerana menjalankan aktiviti RIMUP pada jumaat lepas dengan mengadakan lawatan di Pusat Komuniti KAJANG. Bestnyer dpat sijil. Maklumlah, sijil pertama sebagai cikgu peserta dalam aktiviti luar di sekolah ketika berpraktikum heheheheh.
Semoga esok menjadi hari yang membahagiakan =)
Amin.
Tamat
(7.15pm) -solat maghrib
Tiada ulasan:
Catat Ulasan